Sabtu, 5 Mac 2016

AKIDAH PARA NABI DAN PARA RASUL ALLAH Siri 3

.SAMBUNGAN PERBINCANGAN AKIDAH PARA NABI DAN PARA RASUL ALLAH

Asalamualaikom sahabat, kali ini saya ingin kongsikan mengenai pisang goreng panas, saya suka makan pisang goreng panas-panas klau letak kat saya sepinggan kejap je blh habis, masya Allah!. Tentu sahabat juga suka makn pisang goreng panas kan? Dan saya yakin semua org suka mkn pisang goreng panas tambahan pula disalut dgn keju, lagilah sedap hingga mnjilat jari!, betul tak?. Dicicah pula dgn sambal kicap pedas dan air kopi o kaw, masya Allah enaknya!.
Tapii.. maaf ya, pisang goreng panas-panas ni bkn utk mengisi perut, tapi pisang goreng ni utk mengisi rohani, mengisi rohani tapi sayang pisang goreng panas ini beracun yg boleh mematikan!, apa tu, mcm mana pulak?.
Begini:
Selepas lengkap mereka menyusun 20 sifat rububiyah Allah, maka pengasasnya dan para pengikutnya menyerang Umat Islam sejagat dgn menebarkan akidah sifat 20 beserta dgn anutan mereka seperti mengutamakan lojik akal lbh dari nas-nas al Quran dan sunah, ilmu falsafah (yunani/nasrani), sufi (nasrani), penyembahan kubur (yahudi/nasrani), ilmu kalam, ilmu mantiq, ilmu laduni, tdk beriman dgn kada' dan kadar Allah, beriman bahawa al Quran adalah makhluk. Mereka bkn saja menjaja dan menyakinkan fahaman dan kesyirikkan mereka di kalangan org awam bahkan mereka berjaya mempengaruhi serta menyakinkan para pemimpin dan raja yg beragama islam samaada di Jazirah arab mahupun di luar jazirah.
Salah seorang ulama besar islam yg terkena dgn kejahatan kumpulan muktazila ini adalah Imam Shafie yg dipenjarakan (sila rujuk biodata Imam Shafie) krn enggan mengiktiraf akidah khalifah Iraq yg telah berjaya diracuni fikirannya olh kumpulan muktazila, tetapi amatlah malang krn ramai juga ulama lain tdk mampu menghadapi cabaran getir krn takut kena siksa olh khalifah maka mereka terjerumus dgn kesesatan kumpulan muktazila, maka bertambah mudahlah kesesatan kumpulan muktazila ini disebarkan ke seluruh pelusuk dunia termasuk di Andalusia, akibatnya adalah kejatuhan dan terlepasnya kekuasaan atau penguasaan kerajaan islam di sana dan di mana saja pengaruh kesesatan kumpulan muktazila ini meresap masuk.
Modal utama mereka utk mndapat sokongan masuk ke dlm kesesatan mereka adalah dgn menjual nama-nama ulama besar ini selain menjual nama Imam Abu Hassan Asyaarii, oleh krn itu tdk hairanlah sambutan yg diterima oleh syaitan-syaitan di kalangan manusia (yg menyebarkan akidah sifat 20) mndapat sambutan hangat di mana saja mereka sebarkannya, maka bersuka rialah kafir ahli kitab dan syiah, iblis dan para pembantunya melihat kejayaan demi kejayaan dlm usahanya menyesatkan umat manusia melalui usaha kumpulan muktazila mensyirikkan Allah Yang Maha Suci berlaku secara besar-besaran, AUZUBILLAH HI MIN ZALIQ!.
Kesyirikkan Yang Di amalkan Secara lansung dan Tidak Lansung oleh Pengasasnya, ahlinya, pengikutnya:
1. Pemujaan akal atau lbh cenderong mngikuti lojik akal dari dalil-dalil yg dtg dari al Quran dan sunah seperti ayat ini.
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
(Iaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang bersemayam di atas 'Arsy (Thaha:5).
Al-Auza'i berkata,
"Kami bersama banyak tabi'in berkata, 'Sesungguhnya Allah Yang Maha Agung sebutanNya (berada) di atas 'Arsy, dan kami beriman pada sifat-sifatNya sebagaimana yang terdapat dalam sunnah Rasulullah'." (HR. Al-Baihaqi dengan sanad shahih)
Bagi pengasas muktazila, muridnya dan penganut akidah sifat 20, mereka enggan menerima atau beriman dgn ayat Allah seperti contoh ayat di atas, dan mereka juga ingkar kpd sabda nabi tentang sifat-sifat Allah seperti hadis di atas krn tdk sesuai dgn lojik akal mereka sebaliknya mereka menetapkan Allah berada di mana-mana (ujudnya Allah tdk bertempat).
Sedangkan bagi Umat Islam yg BENAR IMANNYA, maka dia tdk boleh tdk wajib beriman dgn dalil dari al Quran bahawa Allah Tabaraqah wataallah bersemayam di atas Arsy sesuai dgn kebesaranNya, dan juga wajib beriman dgn apa yg dtg dari hadis nabi mengenai sifat-sifat Allah seperti hadis di atas, barangsiapa yg ingkar maka kafir dan wajib bertaubat nasuha dgn kadar segera!.
Imam Abu Hanifah berkata,
"Barangsiapa mengatakan, 'Aku tidak mengetahui apakah Tuhanku berada di langit atau bumi?' maka dia telah kafir." Sebab Allah berfirman,
"(Iaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas Arsy." (Thaha: 5)
'Arsy Allah berada di atas tujuh langit. Jika seseorang berkata bahawasanya Allah berada di atas 'Arsy, tetapi ia berkata, "Aku tidak tahu apakah 'Arsy itu berada di atas langit atau di bumi?" Maka dia telah kafir. Sebab dia mengingkari bahawa 'Arsy berada di atas langit. Barangsiapa mengingkari bahawa 'Arsy berada di atas langit maka dia telah kafir, kerana sesungguhnya Allah adalah paling tinggi di atas segala sesuatu yang tinggi. Dia dimohon dari tempat yang tertinggi, bukan dari tempat yang paling bawah.
Imam Malik ditanya tentang cara istiwa' (bersemayamnya Allah) di atas 'ArsyNya, ia lalu menjawab,
"lstiwa' itu telah difahami pengertiannya, sedang caranya tidak diketahui, beriman dengannya adalah wajib, dan pertanyaan tentang cara bersemayam adalah bid'ah. Usirlah tukang bid'ah ini.
Imam Syafi'i berkata,
"Sesungguhnya Allah bersemayam di atas 'Arsy langitNya. Ia mendekati makhlukNya sekehendakNya dan Allah turun ke langit dunia dengan sekehendakNya."
Sebenarnya ada tujuh (7) tempat dan di tujuh surah al Quran Allah Azawajalla menegaskan bahawa Dia bersemayam di atas ArasyNya iaitu dlm surah2.
1.Thaha ayat 5
2.Al Furqaan ayat 59
3.Yunus ayat 3
4.Ar Ra'd ayat 2
5.As Sajdah ayat 4
6.Al Hadiid ayat 4
7.Al A'raf ayat 54
Selain dari memuja akal atau lbh mengutamakan lojik akal dari dalil atau nas-nas al Quran dan sunah (syirik besar) kumpulan muktazila juga melakukan atau beri'tikad atau beriman dgn unsur-unsur kesyirikkan yg lain, insya Allah saya sambung di artikal akan datang, allahua'lam, dan seterusnya saya kongsikan mengenai kisah pisang goreng panas yg dijaja oleh syaitan-syaitan di kalangan manusia khususnya oleh kumpulan muktazila, semuga bermanfaat utk sahabat seluruhnya, wasalamualaikom.