SIAPA SAYA
ASALAMUALAIKOM
Saya adalah seorang hamba ALLAH SWT yang lebih mengutamakan REDHA ALLAH dari redha manusia, berusaha tanpa takut kepada manusia dalam mendedahkan kejahatan mereka kerana aku lebih TAKUT KEPADA ALLAH yang AZABNYA tidak dapat dihalang walau berkumpul seluruh makhlukNya untuk menghalang! Aku lebih CINTAKAN TUHANKU yang juga TUANKU dari cinta kepada sesama makhluk, kerana cinta kepada ALLAH SWT membawa ke SYURGA sedangkan cinta sesama makhluk tidak sama NILAINYA dengan cinta kepada ALLAH SWT!.
KEUTAMAAN CINTA DAN KEUTAMAAN TAKUT HANYA UNTUK ALLAH SWT SEMATA-MATA.
Usahaku ikhlas ingin menyelamatkan UMAT dari binasa kerana kejahilan yang disebarkan oleh ulama yang juga JAHIL dalam MEMAHAMI AGAMANYA SENDIRI, sedarlah aku tidak membenci tubuh badan ulama tetapi aku membenci kedegilan mereka MENJADIKAN AL QURAN DAN HADIS-HADIS YANG SAHIH sebagai SUMBER ILMU YANG MUKTAMAT bukan sumber dari mulut-mulut manusia dalam MENGAJAR UMAT TENTANG ISLAM!
SAYA BJ MUHAMMAD MENYERU kepada SEMUA alim ulama, MARILAH KITA mendakwahkan AGAMA ALLAH SWT YANG SUCI INI kepada UMAT dengan BERPANDUKAN AL QURAN DAN HADIS2 SAHIH sahaja, JANGANLAH diNAFIKAN, diUBAH, diSALAH TAFSIRKAN akan MAKSUD-MAKSUDNYA, semuga dengan USAHA PARA ULAMA yang BANYAK ILMUNYA akan mampu mengeluarkan UMAT dari GOLONGAN 72 dan BENAR-BENAR MENJADI HAMBA ALLAH SWT bukan hamba syaitan dan BENAR2 MENJADI UMAT MUHAMMAD SAW bukan UMAT ORANG RAMAI!
WASALAMUALAIKOM
AKIDAH ISLAM lebih aku tumpukan dan
cara kerjakan IBADAH aku UTAMAKAN
yang BERTEPATAN dengan PERINTAH
ALLAH SWT dan RASULNYA.
bagiku, tidak bermakna IBADAH
jika AKIDAH tidak didasarkan
kepada al Quran dan HADIS SAHIH
dan ROSAK IBADAH jika DICAMPUR
dengan IBADAH REKAAN manusia
Bagiku tiada tolak ansur dalam
usaha memperbetulkan AKIDAH
dan IBADAH kerana aku sedar
PELUANG untuknya hanya di dunia
dan HASILNYA diambil untuk masuk
SYURGA NAN INDAH lagi PENUH NIKMAT!
BIDADARI dan MAKANAN serta MINUMAN
yang LAZAT dengan pelayan bak BINTANG2
Bagiku, aku ingin MEMBUAT SEBANYAK-BANYAK
keuntungan PAHALA yang akan aku tuntut dari
TUHANKU dan TUANKU selepas aku mati
dan berusaha sedaya upayaku untuk elak
MURKA ALLAH SWT tetapi sebaliknya
BERUSAHA MENCARI REDHANYA
untuk MELEPASKAN DIRI dari AZABNYA!
BJ Muhammad - Bakti Untuk Allah SWT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan